LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN
1. Mendidik
kanak-kanak dalam kelangan pelajar
-Pihak kerajaan iaitu Kementerian
Pendidikan Malaysia(KPM)mestilah memainkan peranan penting dalam memupuk
perpaduan kaum dalam kalangan pelajar supaya mereka dapat memahami apa itu
perpaduan kaum dan dapat mengelakkan berlakunya pergaduhan anatar kaum pada masa akan datang.Perkara ini
bersependapat dengan pepatah melayu iaitu melentur buluh, biarlah dari
rebungnya.Antara perkara yang dapat dilakuakan oleh pihak KPM ialah dengan melakukan
program atau kempen untuk palajar-pelajar di sekolah seperti hari sukan,hari
perpaduan dan banyak lagi.
2. Menjaga
budi Bahasa dan akhlak
-Perkara ini ditujukan kepada golongan
masyarakat.Hal ini kerana, masyarakat di Malaysia terdiri daripada masyarakat
yang berbilang kaum yang boleh menyebabkan berlaku perselisihan faham antara
kaum seperti peristiwa 13 Mei.Oleh itu,masyarakat Malaysia mestilah menghormati
kepercaan setiap kaum agar hubungan antara masyarakat semakin erat.Pepatah ada
mengatakan mencegah lebih baik daripada mengubati.Dengan ini, masyarakat
mestilah mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
3. Mengadakan
aktiviti gotong royong
-Seperti yang kita
ketahui,aktivit gotong royong ini merupakan aktiviti yang sudah terbiasa
dilakukan dalam kalangan masyarakat.Hal ini kerana, kebiasaannya aktiviti ini
dilakukan oleh masyarakat untuk membersihkan sesuatu kawasan.Misalnya, kawasan
perumahan, kawasan sekolah, kawasan rumah dan banyak lagi.Dengan melakukan
aktiviti ini ia akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum kerana mereka
akan bekerja sama dalam melakukan aktiviti ini.Hal ini bersependapat dengan
pepatah melayu iaitu bersepakat membawa berkat.Oleh itu, masyarakat mestilah
sentiasa berganding bahu dalam melakukan apa-perkara agar perpaduan dapat
dikukuhkan.
4.
Mengadakan
kempen untuk memupuk perpaduan
-Pihak kerajaan mestilah mengadakan
kempen untuk memupuk perpaduan kepada masyarakat.Hal ini bertujuan untuk
memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa pentingnya perpaduan dalam
memajukan negara.Hal ini kerana, jika masyarakat saling bersatu padu maka pihak
kerjaan tidak akan mempunyai masalah untuk memajukan negara.Oleh itu,
mengadakan kempen ini merupakan tindakan yang wajar dilakukan oleh pihak
kerajaan agar negara dapatbterus maju pada masa akan datang.
By - Zakwan Muttaqin Bin Shahrul Nizam ( 02DMH22F1033)
Comments
Post a Comment