KESAN MASYARAKAT YANG TIDAK BERSATU PADU
1. Masyarakat yang berpecah-belah
- Jika masyarakat tidak bersatu padu akan berlakunya berpecah-belahan. Perkara ini berlaku kerana mereka tidak memahami antara satu sama lain. Sebagai contoh, timbulnya isu berkaitan keagamaan dan perkauman yang berkemungkinan akan dijadikan bahan ejekan oleh bangsa lain.Hal ini akan menyebabkan berlakunya keruntuhan untuk membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.
2. Keselamatan dan keamanan negara akan terancam
- Seterusnya, keselamatan dan keamanan negara akan terancam kerana berlakunya rusuhan atau pergaduhan dengan pelbagai kaum. Hal ini dapat memberikan impak negative terhadap negara tersebut.Sebagai contoh, India menduduki tempat pertama dalam carta negara yang mempunyai masalah perkauman pada tahun 2021.Malangnya,Malaysia juga termasuk dalam carta ini dengan menduduki tempat ke-11.Sudah terang lagi bersuluh bahawa ini menunjukkan perbuatan yang buruk kerana orang luar sudah tentu akan memberikan pandangan serong terhadap negara kita.
3. Masyarakat menjadi tidak bermoral
- Perpaduan yang tidak terbentuk akan menimbulkan ideologi yang tidak bermoral dalam pemikiran masyarakat.Idea ini akan menjejaskan pembentukan generasi muda yang bersatu padu dalam menyelesaikan masalah antara kaum.Oleh itu,masyarakat pada masa kini hendaklah mengubah cara pemikiran mereka agar pembentukan negara yang mempunyai generasi muda berfikiran luas dapat dicapai.
4. Pembangunan ekonomi tidak stabil
- Di samping itu,pembangunan ekonomi negara tidak akan stabil kerana masyarakat tidak memberi kerjasama dalam memajukan ekonomi negara. Contohnya,masyarakat tidak terlibat dengan sektor ekonomi yang disediakan oleh kerajaan.Hal ini akan melembapkan pertumbuhan ekonomi negara kerana tidak berlaku aliran wang masuk tunai melalui proses eksport barang ke luar negara.Pemasukan wang eksport ini akan digunakan untuk memajukan negara, malangnya tidak dapat diperoleh jika masyarakat masih tidak bersatu padu untuk membentuk negara yang megah di persada dunia.
5. Negara tidak dapat mencapai kemerdekaan
- Negara merdeka merupakan negara yang bebas daripada penjajahan. Pada masa kini, penjajahan bukan lagi dari fizikal tetapi dari segi mental. Hal ini berlaku kerana adanya kemunculan media sosial yang mempengaruhi diri seseorang. Kewujudan berita palsu terutamanya apabila berkait dengan kaum akan merenggamkan hubungan perpaduan. Rakyat hendaklah bekerjasama untuk mencapai kemerdekaan negara.
By - Amirah Nabihah Binti Ahmad Aziddin ( 02DMH22F1019)
Comments
Post a Comment