KEPENTINGAN PERPADUAN
1.Mengekalkan kestabilan politik
Kestabilan politik dalam setiap jabatan
amat perlu bagi menjamin keutuhan
struktur pentadbiran Malaysia. Fungsi pentadbiran Negara perlu dilaksanakan
secara sistematik kerana banyak negara luar yang gemar berurusan dengan
pemimpin Malaysia.
Sebagai contoh, 🌎🤝
Pertemuan bersama Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah, bersama Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Nurul Iman.
Pertemuan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Menteri Pembangunan Negara Singapura, Lawrence Wong.
Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan bagi mencakupi arena global.
Oleh itu, perpaduan kaum yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak kata pepatah Melayu’ pucuk dicta, ulam mendatang’ kerana kedua-duanya memberikan faedah kepada Malaysia.
2.Mewujudkan masyarakat yang harmoni
Keharmonian sesebuah negara pastinya sentiasa disokong oleh kestabilan politik yang jelasnya akan membuka ruang untuk masyarakat dan pemimpin bersatu tenaga dan idea bagi memajukan negara.
Antara kesan masyarakat yang harmoni:
· Mewujudkan sebuah entiti masyarakat yang mementingkan kerjasama
· Dapat mengikis sikap individualistic
· Membangunkan ekonomi negara melalui pelbagai bangsa
3.Meningkatkan imej negara di mata dunia
· Malaysia pastinya akan menjadi “role model” kepada negara-negara pentas dunia kerana adanya pelbagai kaum dan berlainan bangsa, seterusnya akan dapat meningkatkan imej negara.
· Di negara lain, perpaduan berkemungkinan berada pada tahap yang amat rendah jika dibandingkan dengan negara kita yang mempunyai masyarakat yang bersatu padu.
Buktinya, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa bangga apabila diberitahu bahawa Malaysia merupakan negara contoh kepada masyarakat dunia kerana berjaya membentuk perpaduan antara kaum
· Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat yang cinta akan watan, kita perlulah melaksanakan langkah-langkah yang proaktif bagi mengekalkan perpdauan antara kaum kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Comments
Post a Comment